Tuesday, March 1, 2011

CERITA CIRIT BIRIT YANG PROFESIONAL.......

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. 

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). 

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, 

"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" 

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut. 

Calon pertama berkata, 

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari" 

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi. 

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua. 

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua. 

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu. 

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga. 

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga. 

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?" 

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. 

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali. 

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. 

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....." 

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ......... .. 


hehehehehhe. ......... ......... ......... .

SEORANG IBU YANG TERLAMPAU HA3.....

Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas. "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau.

Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul

Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.

Setelah pulang kerumah, budak tersebut menceritakan segala-galanya kepada emaknya. Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.

Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00".

Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.

"MasyaAllah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun.

Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan.

Tok penghulu : Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.

Selepas selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata :
"Nah 20 sen, pergi beli pisau cukur".

Friday, January 7, 2011

KARENAH KO WAHAI MANUSIA......

     Kadang2 kite sering terdengar dengan karenah manusia yang pelbagai dan beraneka ragam. Aq sering mengalami dan terpaksa hadapi pelbagai karenah manusia ini, baik dari ahli keluarga ku, kawan2 or orang disekeliling aq. Pernah aq merasekan muak dan menyampah dengan karenah orang yang kadang2 menjadikan aq lemas dan menyiksakan aq. Perasaan benci dan marah juga kerap menyinggah benak ku yang mane sehingga aq meronta-ronta meminta untuk diberikan bernafas dengan tenang dan bebas. Aq rase macam leher ku dicengkam dan di henyuk sehingga aq hampir mati dalam gapaian yang entah kenapa aq patut rasakannya. Perasaan aq sering diganggu dengan karenah manusia ini yang mana aq rasakan perlu ku buang jauh agar tidak menggangu serta membelenggu diriku supaya aq dapat bergerak dan berlari menuju rasa selesa yang mampu memberikan aq bergerak bebas tanpa ada yang menghalang.
     Karenah manusia yang bermacam ragam in kadang2 aq kategorikan ia sebagai bodoh, bangang, bahalol, bongok, bangsat, brutal, serta badigol yang tidak mampu lagi diajar, dididik, mahupun diperbaiki untuk ia berubah. jika sesuatu yang menyusahkan serta memberikan tekanan semestinya ia bukan satu perasaan yang menyenangkan hati kita. Aq sering merasakan ada segelintir dari mereka yang ingin memberikan aq satu  perasaan yang aq jika mampu tidak ingin aq katakan. Ia amat menyakitkan hati, serta mungkin mematikan hati nurani yang baik dan menukarkannya menjadi hitam penuh dengan keiblisan yang sudah tentu tidak patut kita miliki. Namun atas desakan kita sering memperolehinya tanpa kita sedari. Setelah hati yang hitam ini kita semai dengan rasa yang kita sendiri tidak mahukan sudah pasti ia akan membawa pengaruh negatif yang kite sendiri menjadikan ia regam hidup kita yang negatif.
     Sahabat yang baik pasti akan membantu serta memberikan galakan yang membina tapi adakah hati dan perasaan merupakan sahabat yang baik yang dapat memberikan galakan yang positif jika hati sudah mula mencambahkan rasa hitam dalam diri kita?....mungkin hasutan iblis dan syaitan lebih kuat sehingga kita terikut dengan godaan yang menyuluhkan kita terjerumus ke lembah yang gelap serta hitam. Perasaan yang tidak dapat dikawal pasti juga akan memberikan impak yang mendalam. Oleh itu jalan penyelesaian ialah kita perlu menerima karenah manusia itu dengan rasa hati yang terbuka serta menerima kekurangan yang dimiliki oleh manusia yang sudah pasti diciptakan ada kelebihan mahupun kekurangan. Cuba cari cara penyelesaian yang optimis agar kita tidak mengikut arah yang gelap yang membawa rasa negatif dan kehancuran. Terima kenyataan yang manusia mempunyai banyak karenah yang mungkin mampu diterima akal yang waras mahupun akal yang jahil dari segi tindakan yang bakal diambil.....renungkan serta fahami...

Wednesday, January 5, 2011

AHHH......BENGAPNYER LA KO KAN !!!!!!!!!!.......

HYE...sume how r u, hmm lame x meng hapdate ini blog kan....yer la kan aq br lepas abis exam midsem ni...so ni la mase aq beraksi semule. Aq ade satu citer busuk nak kongsi ngan korang sumer....Well the story was begin like this...Once upon a time in shah alam gamoknyer yo.....hahaha cewah poyo lak kan? alah sebenarnyer aq nak bg tau satu pengalaman aq tentang orang kat sekeliling aq ni....name individu yang terlibat n tempat kejadian berlaku dirahsiakan supeye dia x rase di bogelkan di khalayak ramai al-maklum la kan aq ni da kire nak ngumpat, mengate, n sekaligus nak mengeji dia yang tersenarai itam dalam kotak kebusukan bahagian trash sisi gelap kejahatan aq ni. Korang penah x ade org cakap nak menumpang korang g mane2 la coz korang kan berkenderaan sendirian berhad x yah nak guna pengangkutan awam yang mana selalu la sesak ngan mkhluk ciptaan tuhan yang maha esa. Asal nyer mcm ni, sipolan yg aq x nak dedahkan identiti nya ni bg tau kat aq nak tumpang aq ke sekian2 tempat ni so aq pun onn je la kan, yelah niat nak la berikhlasan and berbaik hati ngan org kan. So aq gi la tolong sipolan ni kan. Sekali dua tu ok la. Ni asal nak mintak tolong je cari aq and nak tumpang aq la smpai jadi kesodapan, aq x kisah alah geng2 kan wa no hal la beb.....tp beragak la kan. Ha nak masuk bab yang genting ni, and yg bikin wa panas sampai terbakar bagai api yang membara....so citer dia mcm ni, 1 day dia dapat durian runtuh so berjuta-juta lemon la gak dia dapat...aq pun saje je la nak mengetesting, aq ayat la kat dia...ayat tu disusun mcm ni....wah kayo la pakcik yer x teringin ke nak berbelanje adik ni ha....sambil tersenyum kambing aq kat dia....korang tau hape jawapnyer dgn mencibai skali hahaha...."eiii x dapat la aq pun bnyk nak bayar yang itu la and yang ini la"....wah nampak sgt kedekut x?????? pada pikiran korang n ape respon korang klu kene mcm ni?....so aq pun mendiam kan la diri and malas la nak mintak2 sgt kan, kang org ckp pemintak sedekah lak lg pun aq pun x hingin aq pun baru dapat wet pt x aq hadap sgt la duit dia....so habis aritu nyer kes and ngan perasaan menyampah and meluatnyer aq maki hamun dia dalam ati aq yang suci n bersih pade mulanyar but aritu jadi itam belotok gare2 anak hayam sial tu....ade aq kesah? lantak ko la. N 1 day nak dijajikan story morry kan uoollss.....dia mintak tolong kat aq lg, nak tumpang mak lagi nyah......kelas gitu noks klu kate cik pons la tp aq x aq bukan cik pons n im a str8 boy ok, selamat jalan dunia pondan kakaka..... aq pun coz pikir kawan kan amek je la dia yang keparat tu.....then dia kate kat aq mase dlm kete aq, babe i nak gi bank jap be4 leh x? aq tanyer la nak wat pe? da la aq nak g exam and mase tu nak amek kawan kolej anak hayam aq lg pas tu, so dia pun ngan bangge nyer menjawap nak kuar duit jap aq x de cash la....aq pun kesian kan ngan si bab_ ni....so bawak la sundal ni gi bank menyontot ATM mesin yg hado....mase  lepas menunggu hampir 15 minit mcm tu and dia da masuk kete lik aq pun acah2 je lagi banyak ke kuar kan mate wang ringgit ko tu?....dia menjawap ngan gampang nyer hado la sket2. Aq tanye ko nak wat pe? dia ckp nak check je and nak bayar duit org and wat blanje sket. Ade la dalam 1 or 2 rat__....hmm aq ckp la ha leh la blanje aq mamam t yer?....korang tau ape dia answer at me? dia cakap x cukup la aq nak bayar itu la ini la hmm bengkeq je wa dengau mcm ampang....dgn meluatnyer aq wat muke je la.....eii kadang2 aq rase keikhlasan aq ni tercabau tol la. Aq bkn la nak sgt duit dia tp kan korang bayangkan la kan aq ni da la x keje still st2dy lg sekali sekale ko dapat wet kan belanje la kwn2 ke da la aq je yg ko hadap klu nak tumpang ngan wet minyak haram ko nak bagi ko ingat aq isi  minyak kete aq ngan air ke? da la asal nak gi mane2 ko menenggek dalam and atas sit kete aq mmg mengundang ketidak ikhlasan aq la. Klu ko nak bergedik ade lak ongkos kan....tgk t ko ajak aq gi mane2 sorry la awal2 aq haram nak angkot ko bnyk bunyi aq sepok je muke ko tu.....eiii aq benci la sekali dua x pe ni ko tu mmg da wat kete aq tu macam pengangkutan awan ko siieeyyyaaalllll ......sedau diri ko klu aq x angkot ko pecah la lemak2 ko sume betaboh kat atas jalan tu.....malas aq nak layan kerenah ko lg. G pun ko pun bkn nya berbakti pun ngan aq bnyk menggunung nak tunggu ko belanje aq kuih or nasi lemak sebungkus puh haram hado depan mate aq, x kan aq lak nak seikhlaskan hati untuk ko ingat ko sape special person aq ke x mo aq org yg suke menyusahkan aq,coz i wanted someone wif indenpendence attitute k.....bukan yang bikan parasit yg isap kudrat aq. And 1 more thing ko ingat sket mak aq bg aq wet isi minyak 4 aq gi ulang alik gi kolej bkn jd redebar ko antar amek ko paaahhhaaammmm???????..........serabut.....ha kan aq da kutuk ko kat blog comel aq ni dose pun dose la nak wat mcm mn kan kat sini je aq nak luahkan kang aq cakap direct kat ko sentap lak....kesian ko x de kawan best mcm aq.....g pun ko tu pun mcm talam gak berkawan ngan org...dasar busuk bangkai punyer orang jangan2 da bekepuk ko kutuk n umpat aq kat belakang mane aq tau kan mcm aq x tau perangai ko leh tahan gak klu mengeji and mengumpat orang. Confirm la kan sape makan cili dia raselah pedas and betape berapi nya, malas la aq nak mention name ko menjatuhkan air muke lak kan so biau la sume yg bace terkasima ngan hasil nukilan aq ni....g pun aq pun da lame kot sabau kat ko kan....da la pergi la ko berangkut ngan 2 kaki pemberian tuhan kat ko tu....aq da x sudi nak berikhlas ngan ko .......so paham2 je la  yang kedekut lg menyusah kan idup aq yer wahai kawan2 yang rasenyer dalam kategori yang aq ceritakan kat atas td ade paham?. oopppsss. Chow sin chi......

Friday, December 24, 2010

PERINGATAN BUAT SANG LELAKI....

KEPADA SEMUA KAUM ADAM....

Sebenarnya artikel ni dah lama bersepah kat Facebook. Tapi malam tadi bila aku baca sekali lagi, aku rasa nak kongsikanlah lagi sekali kat blog ini.
Kenapa?
Sebab entri ni banyak menyedarkan aku… tapi aku tak tahulah kalian semua macam mana. Sebab pada aku, semua yang ada dalam entri ini memang membuatkan aku berfikir mengenai tanggungjawab sebagai seorang lelaki.
And lagi satu, sebenarnya aku nak publishkan artikel ni esok untuk kategori Renungan Hari Jumaat… tapi rasanya hari ni pun okay kot…. huhu...

LELAKI YANG AKAN DITARIK 
WANITA BERSAMA MEREKA 
KE NERAKA:




Pertama: Sebagai Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidaklah cukup jikalau seorang ayah hanya dengan memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya.

(Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya solat dan shaum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

Kedua: Sebagai Suami

Apabila berstatus suami tetapi tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya dalam pergaulannya, membiarkan isterinya mempercantik diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami tersebut berdiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya selalu ditegakkan, shaumnya tidak pernah tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya supaya mengikut ketetapan syariat, maka bersiap-siaplah untuk menjadi teman sehidup semati bersamanya di taman neraka sana )

Ketiga : Sebagai Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga martabat adik-adik wanita jatuh kepadaa abang-abangnya.. dan apabila abang-abangnya ini hanya mementingkan diri sendiri atau keluarganya saja kemudian adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik wanita, janganlah hanya menjaga amalmu, dan ingatlah kau juga akan diminta pertanggungjawapkan diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat)

Keempat : Sebagai Anak Lelaki

Apabila seorang anak lelaki tidak mengingatkan ibunya mengenai sikap dan tingkahlaku yg diharamkan syariat Islam. Misalnya bila sang ibu berbuat kemungkaran seperti, mengumpat, memfitnah, berbohong, menganjing, menggatail dan sebagainya.. .maka anak lelaki itu akan dimintakan pertanggungjawabannya di akhirat kelak, dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki. ….sayangilah ibumu…. ingatkanlah beliau jika salah atau khilaf. Kerana ibumu juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan selamatkanlah beliau dari api neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik untuk menemaninya di neraka)

Lihatlah.!!!!!!

Betapa hebatnya daya tarik wanita 
bukan hanya di dunia malah 
diakhirat pun daya tarikannya begitu 
hebat.

Firman Allah S.W.T:

Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu . Hai wanita, kasihanilah ayahmu, suamimu, kakak-kakakmu serta anak-anak lelakimu..
Kasihanilah mereka dan juga dirimu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Kepada golongan lelaki, cobalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian. Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki. Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

Wednesday, December 22, 2010

CORAT - CORET AQ ARINI...

WELL2 HUHUHU.....HMM DA MASUK FINAL LAP BE4 MIDSEM NEXT WEEK...SO KENE LA ST2DY HARD KAN. AQ PE LAGI DA SIAPKAN TARGET AQ 4 MIDSEM NI.....AQ AMEK 6 SUBJEK SUMENYER SO AQ LETAK 4A AND 2 B COZ 2 SUBJEK TU SUSAH GAK COZ BNYK BENDE NAK INGAT.....WISH DAPAT WAT N SUCCESS LA KAN. AQ NAK NAI KAN POINTER AQ YANG DA JATUH MERUDUM SEM LEPAS GARE2 5 SUBJEK PENGIRAAN YANG AQ TERPAKSE AMEK...AQ HARAP DAPAT NAIK LIK 3 POINTER BALIK SO KORAG DOAKAN LA AQ HOPE DAPAT RESULT YNG GEMPAQ SEM NI.....AQ RASE MMG KENE STRUGGLE GILER LA SEM NI....NAK NAIK KAN POINTER AQ NI.
ANYWAY CITER PUNYER CITER AQ TERINGAT ZAMAN SEKOLAH MASE NAK SPM DULU...HAHAHA PUNYER LA GAMBLE KAN SMPAI LAGI SEMINGGU NAK EXAM PUN AQ LEH KEBUDAYAAN WAKIL SEKOLAH NEGERI SELANGOR WAT TARIAN KAT GENTING....TAPI SYUKUR GAK LA MAIN2 GAK LA TAPI RESULT AQ PUN NOT BAD....SO PENGAJARAN KLU NAKDAPAT RESULT BEST JOM ENJOY DULU ANG THEN ST2DY LA GILER2 AMACAM LEH X AKAI FALSAFAH AQ? ITU TUK ORANG YANG KUAT SEMANGAT MCM AQ LEH LA KOT......KAKAKAKA POYO X? ADE BRAN?..X A AQ GURAU JER. ITU TERPULANGLAH KAT INDIVIDU MASING2 KAN ADE ORANG X STUDY GILER2 PUN DAPAT RESULT GEMPAK AND ADE ORANG YANG ST2DY BAGAI NAK MATI MENONGGENG PUN KLU DA REZEKI DAPAT YANG HADOO.....TERIME JE LA....SUME KAN DA KETENTUAN KAN....MCM AQ JUZ LAYAN JE LAAP YANG AQ USAHE ITU LA YANG AQ DAPAT BAK KATE PEPATAH SORANG LACTURER YANG PENAH MENGAJAR AQ SEM 1 DULU.....THANX CIK HAR........WHERE EVER U'RE NOW......WHAT SO EVER DARI RESULT AQ DAPAT D KO!!!...AT LAST AQ DAPAT B+ FINAL TU MCM TERKEJUT NAK MELOMPAT AQ APEPUN USAHA KAN PASTI AKANMEMBUAHKAN HASIL.....BETUL X?.
APEPUN SUME TU AQ RASE USAHE AND DOA MAK AQ YANG SENTIASEDOAKAN TERBAIK BUAT ANAK2 DIA KAN?....WALAU PUN MAK ROCK KAHAU KASAU JE NGAN WE ALL BUT MANE ADE MAK X SAYANG ANAK KAN.....HAHAHAHA.....SATU LAGI AQ NAK BEAT ADIK AQ YANG GRADUATE WIF 3POINT ABOVE......SO ADIK TUNGGU CONVO AQ SIDANG PAGI K BLN 6 TAHUN 2012 NANTI KAKAAKAKA.........AND 4 ALL MY FRENZ JOM KITER REDAH MIDSEM NI DENGAN JAYANYA.....IF CAN TARGET 4 FLAT K...CHAIYOOK......BONAMANA....

Tuesday, December 21, 2010

MY SUPER IDOLL....


ADAM LAMBERT- THE MOST BEAUTIFUL ROCK STAR.....






GILER K-POP PUNYER PASAL KAN NI AQ SAJE LETAK NAK WAT JADI IDOL AQ COZ BERANGAN NAK BERGAYE MACAM NI..... ADE BRAN? KAKAKA........





ABANG ANUAR ZAIN YANG MACHO N ENSEM SENTIASE JADI IDOLA KU....BERANGAN NAK JADI MCM NI TP TAK TAU BILE LA KAN....APEPUN "MUNGKIN" SAPE TAU KAKAKA......... JGN AR JELES KAT AQ K......




WAJAH MACHO ANUAR ZAIN YANG MENJADI PUJAAN RAMAI DAN IA SENTIASE JADI INSPIRASI KU UNTUK APE JUA YG AQ WAT.......AMACAM BOLEH BLA X?......HMM LAYAN......



Mybe korang pun ade idola korang kan ape kate kongsi la ngan aq....mesti syiok kan klu leh kongsi same2. Aq mmg giler ngan Anuar zain and Adam Lembert ni....so aq publish kat korang sume....amacam gerek sehhh.....