Friday, December 24, 2010

PERINGATAN BUAT SANG LELAKI....

KEPADA SEMUA KAUM ADAM....

Sebenarnya artikel ni dah lama bersepah kat Facebook. Tapi malam tadi bila aku baca sekali lagi, aku rasa nak kongsikanlah lagi sekali kat blog ini.
Kenapa?
Sebab entri ni banyak menyedarkan aku… tapi aku tak tahulah kalian semua macam mana. Sebab pada aku, semua yang ada dalam entri ini memang membuatkan aku berfikir mengenai tanggungjawab sebagai seorang lelaki.
And lagi satu, sebenarnya aku nak publishkan artikel ni esok untuk kategori Renungan Hari Jumaat… tapi rasanya hari ni pun okay kot…. huhu...

LELAKI YANG AKAN DITARIK 
WANITA BERSAMA MEREKA 
KE NERAKA:




Pertama: Sebagai Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidaklah cukup jikalau seorang ayah hanya dengan memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya.

(Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya solat dan shaum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

Kedua: Sebagai Suami

Apabila berstatus suami tetapi tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya dalam pergaulannya, membiarkan isterinya mempercantik diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami tersebut berdiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya selalu ditegakkan, shaumnya tidak pernah tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya supaya mengikut ketetapan syariat, maka bersiap-siaplah untuk menjadi teman sehidup semati bersamanya di taman neraka sana )

Ketiga : Sebagai Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga martabat adik-adik wanita jatuh kepadaa abang-abangnya.. dan apabila abang-abangnya ini hanya mementingkan diri sendiri atau keluarganya saja kemudian adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik wanita, janganlah hanya menjaga amalmu, dan ingatlah kau juga akan diminta pertanggungjawapkan diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat)

Keempat : Sebagai Anak Lelaki

Apabila seorang anak lelaki tidak mengingatkan ibunya mengenai sikap dan tingkahlaku yg diharamkan syariat Islam. Misalnya bila sang ibu berbuat kemungkaran seperti, mengumpat, memfitnah, berbohong, menganjing, menggatail dan sebagainya.. .maka anak lelaki itu akan dimintakan pertanggungjawabannya di akhirat kelak, dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki. ….sayangilah ibumu…. ingatkanlah beliau jika salah atau khilaf. Kerana ibumu juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan selamatkanlah beliau dari api neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik untuk menemaninya di neraka)

Lihatlah.!!!!!!

Betapa hebatnya daya tarik wanita 
bukan hanya di dunia malah 
diakhirat pun daya tarikannya begitu 
hebat.

Firman Allah S.W.T:

Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu . Hai wanita, kasihanilah ayahmu, suamimu, kakak-kakakmu serta anak-anak lelakimu..
Kasihanilah mereka dan juga dirimu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Kepada golongan lelaki, cobalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian. Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki. Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

No comments:

Post a Comment